Saturday, June 2, 2012


PRODUK BARU ETIQA UNTK PEKERJA ASING

ETIQA Insurans dan Takaful memperkenalkan produk terbarunya bagi memberi bantuan 
kepada majikan untuk meringankan kos hospital dan surgikal dengan menawarkan 
Pelan Hospital dan Surgikal (H&S) khas untuk pekerja asing.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hans De Suyper berkata, pelan terbaru ini bukan saja
 dapat meringankan kos majikan malah dapat memberi peluang kepada majikan 
mempamerkan keprihatinan kepada kebajikan pekerja mereka.

“Kos hospital dan surgikal yang tinggi pasti akan membebankan majikan yang tidak 
mempunyai sebarang pelan insurans dan takaful untuk membiayai kos itu.
“Menerusi pengenalan pelan ini secara tidak langsung mempelbagaikan lagi 
barisan produk kami dan ia seiring dengan jenama Etiqa,” katanya dalam satu 
kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.

Pelan komprehensif ini menyokong inisiatif kerajaan untuk memastikan semua pekerja asing 
dilindungi insurans atau takaful ketika mereka bekerja di Malaysia. Pelan ini juga mempunyai
 manfaat seperti perlindungan hospital, bilik dan penginapan hospital, unit penjagaan rapi dan 
bekalan hospital yang mereka boleh dapatkan ketika dimasukkan ke hospital. Ia juga 
membolehkan majikan menyediakan bantuan yang cepat dan mudah kepada pekerja
 asing mereka ketika mereka sakit disebabkan kemalangan atau penyakit.

Hans berkata, premium bagi pelan ini berpatutan dan memberikan perlindungan
 untuk kos perubatan yang akan ditanggung. Dengan cara ini, majikan tidak perlu lag
i risau dengan kos dan boleh menumpukan perhatian kepada pekerja dan perniagaan mereka


IG @ Insurance Guarantee
  • Insurance Guarantee(IG) diperlukan oleh majikan apabila mereka hendak membuat pembaharuan permit Kerja/work permit pekerja asing mereka (majikan juga perlukan FWCS & SPIKPA)
  • IG hendaklah diberikan kepada Jabatan Imigresen di mana pembaharuan permit kerja hendak dilakukan
  • Tempoh masa IG ialah 13 bulan/18 bulan/26 bulan/30 bulan & 36 bulan
  • Kebiasaannya majikan memerlukan tempoh IG selama 18 bulan
  • Jumlah guarantee/jaminan bagi pekerja asing adalah berbeza mengikut negara

  • Jumlah guarantee/jaminan bagi pekerja asing adalah berbeza mengikut negara
  •  seperti berikut: -
WargenegaraJumlah Jaminan
1Indonesia/ThailandRM250
2BangladeshRM500
3India/Pakistan/Myanmar/NepalRM750
4PhilipinaRM1,000
5VietnamRM1,500
Jumlah premium untuk IG - bergantung kepada :
  • Wargenagara
  • Tempoh masa IG
  • Jumlah Pekerja
Sila hubungi kami untuk mendapatkan sebutharga AZMI 0163823175 ( mazmin2000@gmail.com)

SPIKPA @ Skim Pampasan Insuran Kesihatan Pekerja Asing
  • Baru-baru ini, kerajaan telah mewajibkan semua majikan supaya mengambil SPIKPA untuk pekerja asing mereka.
  • Sekiranya tiada SPIKPA, maka majikan tidak boleh memperbaharui permit kerja pekerja asing mereka
  • Manfaat SPIKPA seperti berikut: -
    • Had Tahunan RM10,000
    • Untuk kemasukan ke hospital (kemalangan/sakit)
    • Hospital kerajaan - cashless
    • Hospital swasta - reimbursment (bayar dulu selepas itu klaim dengan insuran)
  • Jumlah premium - RM127.20 setahun (untuk seorang)

FWCS @ Skim Pampasan Insuran Pekerja Asing
  • 24 jam perlindungan 
  • Untuk KEMALANGAN sahaja (waktu kerja/luar waktu kerja)
  • Penyakit akibat/kesan daripada kerja
  • Bil perubatan hospital (maksima RM750)
  • Kos penghantaran jenazah, jika meningal/hilang upaya kekal (maksima RM4,800)
  • Jumlah perlindungan (dalam waktu kerja):
    • Kematian akibat kemalangan di tempat kerja - maksima RM25,000
    • Kecacatan kekal akibat kemalangan(TPD) - maksima RM23,000
    • Kecacatan separuh kekal/permanent partial disablement - ikut peratusan (maksima RM23,000)
    • Kecacatan kekal sementara(TTD)/Kecacatan separuh kekal sementara(TTPD) - 1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330) 
    • Kos/bil hospital - maksima RM750 (bagi setiap kes)
  • Jumlah perlindungan (di luar waktu kerja):
    • Kematian akibat kemalangan di tempat kerja - maksimaRM23,000
    • Kecacatan kekal akibat kemalangan(TPD) - maksima RM23,000
    • Kecacatan separuh kekal/permanent partial disablement - ikut peratusan (maksima RM23,000)
    • Kecacatan kekal sementara(TTD)/Kecacatan separuh kekal sementara(TTPD) - 1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330) 
    • Kos/bil hospital - maksima RM750 (bagi setiap kes)
  • Jumlah premium ialah RM76.02 setahun (untuk seorang pekerja)
ManfaatWaktu BekerjaLuar Waktu Bekerja
KematianRM25,000 maksimaRM23,000
Kecacatan KekalRM23,000 maksimaRM23,000
Kecacatan Separuh kekalikut peratusan drp Rm23,000ikut peratusan drp Rm23,000
Kecacatan/separuh kekal sementara1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330) 1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330) 
Bil perubatanRM750 maksimaRM750 maksima
Penghantaran pulang (meninggal/hilang upaya kekal)RM4,800 maksimaRM4,800 maksima