PRODUK BARU ETIQA UNTK PEKERJA ASING
ETIQA Insurans dan Takaful memperkenalkan produk terbarunya bagi memberi bantuan
kepada majikan untuk meringankan kos hospital dan surgikal dengan menawarkan
Pelan Hospital dan Surgikal (H&S) khas untuk pekerja asing.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hans De Suyper berkata, pelan terbaru ini bukan saja
dapat meringankan kos majikan malah dapat memberi peluang kepada majikan
mempamerkan keprihatinan kepada kebajikan pekerja mereka.
“Kos hospital dan surgikal yang tinggi pasti akan membebankan majikan yang tidak
mempunyai sebarang pelan insurans dan takaful untuk membiayai kos itu.
“Menerusi pengenalan pelan ini secara tidak langsung mempelbagaikan lagi
barisan produk kami dan ia seiring dengan jenama Etiqa,” katanya dalam satu
kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.
Pelan komprehensif ini menyokong inisiatif kerajaan untuk memastikan semua pekerja asing
dilindungi insurans atau takaful ketika mereka bekerja di Malaysia. Pelan ini juga mempunyai
manfaat seperti perlindungan hospital, bilik dan penginapan hospital, unit penjagaan rapi dan
bekalan hospital yang mereka boleh dapatkan ketika dimasukkan ke hospital. Ia juga
membolehkan majikan menyediakan bantuan yang cepat dan mudah kepada pekerja
asing mereka ketika mereka sakit disebabkan kemalangan atau penyakit.
Hans berkata, premium bagi pelan ini berpatutan dan memberikan perlindungan
untuk kos perubatan yang akan ditanggung. Dengan cara ini, majikan tidak perlu lag
i risau dengan kos dan boleh menumpukan perhatian kepada pekerja dan perniagaan mereka